Pejabat FGV Prodata Systems’ Cawangan Pengerang dibuka Secara Rasminya

Pada 2hb Jun 2022 yang lalu, telah berlangsung satu lagi majlis bersejarah bagi kumpulan FGV, iaitu pembukaan rasmi pejabat cawangan baharu bagi tiga buah anak syarikat dibawah Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan (Sektor LSB) yang terdiri dari FGV Prodata Systems Sdn. Bhd., FGV Transport Services Sdn. Bhd., dan Felda Travel Sdn. Bhd.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Bhd. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Haji Kasmuri Sukardi dan Dato’ Shahrol Anuwar Bin Sarman selaku ahli Lembaga Pengarah FGV, En. Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dan En. Azman Ahmad, Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan FGV.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Mohd Sarian Md Sahid, Pengarah Bahagian Sektor Perladangan FGV, Ketua-ketua Eksekutif dibawah sektor LSB, Ketua Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru dan lain-lain dif kehormat.

En. Ali Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Prodata di dalam ucapan aluannya memaklumkan, “Bangunan pejabat yang terletak di Bandar Penawar, Pengerang, Johor ini telah mula diduduki pada pertengahan tahun 2021, selepas FGV Prodata dianugerahkan kontrak “Telecommunication Infrastructure and System Maintenance (TISM)” bagi projek “Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID)” di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, oleh PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation – Utilities and Facilities Sdn Bhd (PRPC UF) untuk tempoh selama 5 tahun”.

Menjadi keperluan untuk FGV Prodata mewujudkan sebuah pejabat operasi yang menempatkan satu pasukan petugas khusus bagi projek mega PETRONAS ini.

Disamping itu, FGV Transport juga turut berkongsi ruang di bangunan pejabat ini apabila mereka juga berjaya berkolaborasi dengan PETRONAS. Seterusnya, melihat kepada potensi di bahagian selatan Johor ini, Felda Travel juga turut dijemput untuk membuka cawangannya bagi menawarkan pakej-pakej pelancongan mahupun pakej umrah dan haji di sini. Dengan pembukaan rasmi pejabat dan kewujudan tiga buah syarikat Sektor LSB di sini, diharap ianya dapat membantu merancakkan lagi kitaran ekonomi tempatan disamping meneroka peluang-peluang perniagaan baharu di daerah ini.