Sumbangan Ramadhan Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia oleh Petugas-Petugas FGV Prodata System

Alhamdullillah di atas kurniaNya, FGV Prodata Systems Sdn. Bhd. (FGV Prodata) sekali lagi pada tahun ini berpeluang menganjurkan kutipan Sumbangan Ramadan untuk diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan. Pihak FGV Prodata telah bersama-sama hadir ke Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia yang menempatkan seramai 70 penghuni yang terdiri daripada  warga emas, OKU, mualaf, dan bekas-bekas pesakit hospital.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM 7,917 berjaya dikutip dan telah disumbangkan oleh warga FGV Prodata. Sebahagian wang tersebut telah digunakan untuk membeli beras, minyak masak dan  barang keperluan dapur keluaran Delima Oil Products bagi kegunaan penghuni rumah tersebut. Lebihan sumbangan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Rumah Jagaan Al- Fikrah Malaysia bagi menampung perbelanjaan operasi dan persediaan bagi menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Program ini turut mendapat sokongan dari En. Fakhrunniam Othman, Pengarah Bahagian Logistik & Perniagaan Sokongan FGV Holdings Bhd merangkap Pegawai Bertanggungjawab FGV Prodata Systems Sdn. Bhd. Beliau hadir bersama En. Muhammad Nasran Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan dan beberapa orang petugas FGV Prodata yang turut sama meluangkan masa untuk menyantuni penghuni rumah tersebut.

Semoga amalan yang baik ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. FGV Prodata merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas-petugas Prodata yang turut sama menyumbang bagi menjayakan program ini.

Akhir Kalam, pasukan pengurusan FGV Prodata, yang juga mewakili semua petugas FGV Prodata ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan kami dan juga kepada seluruh warga FGV. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma memberi 1001 kerahmatan buat semua.

Ucap salam minta izin,
Amal baik hidup berkat,
Minal ‘Aidin wal Faizin,
Moga sejahtera dunia akhirat.